Tuesday 29 November 2011

Hidayah dan Taufiq

 Cara untuk meningkatkan tahap mendapat hidayat kepada taufiq dari Allah.
Ada 4 cara:

1)mencari guru yang mursyid
2)mencari sahabat yang baik
3)menjadikan musuh sebagai cerminan diri
4) menjadikan keadaan sekeliling sebagai pengajaran

Thursday 3 November 2011

Wahai diri



Nak jadi muslimah itu susah,

Nak jadi mukminah jua susah,

Nak jadi mujahidah lagilah susah,
Nak terus istiqamah super-susah,

Namun biar susah, biar rebah,
takkan ku endah takkan ku kisah,

Kan ku tabah!
Kan ku gagah!

Demi Allah, demi Solehah!

Kerna akhirnya ku tahu indah
IAITU menang atau Jannah! 

Nukilan ~ syabab musafir kasih ~



Hidupku didunia ini adalah untuk kembali kepadaNya

Friday 28 October 2011

Usah berputus asa dengan rahmat Allah

Coretan buat adikku.
Pejalanan ilmumu  sedang menyusur derasnya air sungai yang mengalir,
Usah putus asa meredah deras air sungai hingga ke hulu,
Bila sampai ke hulu baru tahu manisnya kenangan pejalaan itu,
Jika penah tenggalam sampanmu semasa menyusuri sungai,
Usah getir,
Ayuh pegang amanat mak abah,
Niat mereka murni memberi adik didikan al-Quran buat pedomen diri,
Jua demi kebahagian mereka di sana kelak...

Semoga Allah berkati pejalanan ilmu adik hingga difahami seluruh kandungan al-Quran..
BIIZNILLAH..


Wahai adikku teruskan berjuang  sematkan al-Quran didadamu, jangan putus asa walaupun mehneh dan tribulasi melanda.

Say, "O My servants who have transgressed against themselves (by sinning), do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful." [al-Zumar, 39:53]


Monday 24 October 2011

Allahu maa'k



Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada setiap malam Allah s.w.t (turun ke langit dunia) ketika tinggal sepertiga malam akhir. Dia berfirman: Barangsiapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaannya. Barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.
 (HR. Bukhari dan Muslim)

Sunday 23 October 2011

Kasih sayang Allah s.w.t

Bismillahhirrahmanirrahim.

   Permulaan dengan lafaz yang mulia kepada Allah yang Maha Pencipta, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Berbicara mengenai apa yang diertikan dengan kasih sayang Allah. Kita sering dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai kasih sayang dan kisah-kisah cinta manusia sesama manusia tetapi bagaimana pula dengan kisah cinta Pencipta terhadap ciptaannya?

   Kisah ini bermula dengan anologi seorang wanita bernama Aishah. Dia adalah seorang anak kampung yang tinggal dihujung sebuah kampung pedalaman. Aishah hidup sebatang kara setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Walaupun begitu dia tidak rasa keseorangan kerana dia ada si A yang sangat mencintainya dan mengambil berat terhadapnya Segala keperluan hidupnya diberi dan dicurahkan dengan kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Aishah hidup sangat  bahagia dan gembira.

   Setelah lama kemudian muncullah si B yang cuba mengambil berat terhadapnya. Aishah sangat tertarik dengan apa yang telah si B lakukan terhadapnya. Pada mata Aishah si B adalah seseorang yang dia nantikan untuk mendapat kasih sayang setelah pemergian ibu bapanya. Aishah mula melupakan si A yang telah banyak berkorban terhadapnya.

   Walaupun begitu sifat Aishah yang telah berpaling tadah terhadap si A, tetapi si A tetap mencurahkan kasih sayangnya terhadap Aishah. Setiap hari si A menghantar makanan, minuman dan keperluan hidup yang lain. Aishah sangat sayangkan si B walaupun dia baru sahaja mengenali si B. Mereka hidup bahagia tetapi si A turut bahagia melihat Aishah gembira bersama si B.

   Tidak lama Aishah mengecapi kebahagian dengan si B. Si B mula menunjukkan sifatnya yang tidak baik kepada Aishah. Si B merasa bosan melayan Aishah dan terus meninggalkan Aishah begitu sahaja. Tiada lagi kasih sayang dan perhatian dari si B kepada Aishah. Dia terasa sunyi dan bersedih hati. Tetapi si A sentiasa berada disis Aishah walau apa yang berlaku. Aishah berasa malu terhadap si A, kerana si A tetap menyayanginya walaupun apa sahaja yang telah dilakukan oleh Aishah terhadapnya.

   Kini Aishah menghargai kasih sayang si A terhadapnya. Mulai dari saat itu dia berazam tidak lagi mengutamakan kasih dan sayangnya yang lain, melainkan menghargai perhatian si A terhadapnya. Begitulah kisah cinta Aishah bersama si A dan kekecewaan dia bersam si B.

   Dari kisah ini dapatlah kita dikiaskan dalam realiti sebenar hidup kita iaitu si A itu adalah Allah s.w.t. Jika kita lihat manusia sering kali lupa pada kasih sayang yang telah Allah curahkan terhadap hamba-hambanya. Allah tetap dan terus memberi walaupun hambanya bersifat angkuh terhadapNya. Ini dapat dibuktikan dengan apa sahaja nikmat kehidupan yang kita miliki ini bukanlah hak milik kita tetapi sentiasa Allah beri kepada kita untuk kita kembali taat kepadaNya. Dengan taat itu dalam erti kata bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita dari kita mula kita dilahirkan hingga kita akan bertemu Allah semula.

   Si B pula ialah manusia lain yang Allah pinjamkan kepada kita untuk kita merasakan kasih sayang sesama manusia. Tetapi ingatlah bahawa apa yang dicipta itu akan mati, tetapi yang Maha Pencipta itu hidup dan tidak mati. Tidak salah menyebarkan kasih sayang sesama manusia tetapi binalah kasih sayang itu dengan terbinanya kasih sayang kepada Allah s.w.t.

   Qudwah yang terbaik kita contohi ialah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda begitu menyayangi Allah s.w.t sehingga sanggup berbengkak kakinya demi Allah, kekasihnya. Pada ketika itu Saidatina Aishah r.a.h berkata kepada Rasulullah. "Ya Rasulullah mengapa kamu sanggup solat sehingga bengkak kakimu?". Baginda menjawab," AFALA AKUN A'BDAN SYAKURA". " Salahkah aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur?.

   Dengan ucapan itu, kita dapat mengambil ibrah bahawasanya siapalah kita yang enggan tunduk untuk sujud kepadaNy bagi menbalas kasih sayang Allah terhadap kita. Hatta Nabi sendiri yang telah dijanjikan syurga dan terpelihara dari mempunyai dosa juga tunduk sujud mengucapkan tanda syukur baginda kepada Allah s.w.t. Allahu akbar, Allah yang Maha Besar.

   Marilah kita sama-sama merenung kembali dalam diri kita adakah kita benar-benar mengucapkan syukur dengan kasih sayang yang Allah berikan kepada kita? Tepuk dada,tanya IMAN.
                                                   
                        (Perjalanan yang pasti adalah bertemu dengan Allah s.wt.)

Wallahu a'lam.

sumber: adaptasi cerita pentazkirah di musola saodah UniSZA.

Saturday 15 October 2011

Bilakah masanya???

   Kalimah mulia sebagai pembuka coretan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mengimbau kembali tulisan yang lalu kita bicara mengenai Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyantun kepada setiap hamba-hambaNya. Insyaallah kali ini penulis ingin mengajak pembaca merenung dan introspeksi iman kita bersama mengenai "Bilakah Masanya??".

  Persoalan telah diajukan tetapi pokoknya ialah bilakah masanya kita untuk berubah. Berubah dengan erti kata segera bertaubat. Disini penulis ingin berkongsi mengenai satu rakaman vidoe mengisahkan seorang syuhada'dari tanah arab yang mana tempat mereka  sedang berjihad demi mempertahankan agama Islam dibumi mereka. Vidoe ini dirakam ketika mana beliau berada dalam keadaan kesakitan setelah dibedil dengan bom oleh pihak musuh.

  Pemuda itu dalam keadaan yang sangat parah. Kaki kanan serta kaki kirinya luka yang sangat kritikal sehinggakan kedua-dua kakinya tidak dapat bergerak lagi. Dalam keadaan begitu sahabat-sahabat sepejuangan cuba menenangkan beliau dengan membasahi wajah beliau dengan air. Kalimah yang keluar dari bibir beliau adalah " Ya Allah terimalah aku sebagai shuhada' ". Kalimah itu diulang-ulang beberapa kali dan beliau mengucap dua kalimah shahadah dengan nada yang begitu mengharap kepada Allah s.w.t agar beliau kembali kepada pencipta sebagi shuhada'. Beliau begitu yakin bahawa sudah tiba waktu malaikat izrail untuk menjemputnya kembali bertemu Allah Taala. Setelah itu beliau meninta sahabat beliau mengambilkan beliau air wudu' untuk beliau mendirikan solat sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

  Dirakamkan ketika solat terakhir beliau sebelum bertemu dengan Allah Azzawajalla. Setelah salam kanan dan kiri diakhirinya, maka hembuslah nafas terakhir beliau dan benarlah janji Allah, setiap yang hidup itu pasti akan merasai kematian. Tetapi kematian seseorang  itu sebenarnya telah ditakdirkan oleh Allah dimana dan waktunya. Adakah baik atau sebaliknya.Segalanya itu adalah rahsia Allah s.w.t.

  Jika dilihat dari raut wajah beliau tergambar wajah kegembiraan untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Beliau seterusnya dikebumikan tanpa dimandikan kerana darah para shuhada tidak perlu dihilang. Apabila dibangkitkan kelak ialah akan menjadi saksi bagi kematian shuhada' tersebut. Subhanaallah, ucaplah sebanyak-banyaknya kalimah membesarkan Allah bagi merenung pada diri kita adakah kita perlu tunggu  masa yang sesuai untuk kita bertaubat kepada Allah??

  Kita tidak dikerah untuk berjihad sepertinya, tetapi kita berjihad dengan cara kita. Jihad yang paling besar adalah jihad hawa nafsu kita. Perlukah kita menunggu masa yang sesuai untuk bertaubat. Bukalah minda berserta hati untuk terus memohon agar kita diberi petunju untuk melawan hawa nafsu amarrah bissu'(nafsu yanga membawa kepada perbuatan kejahatan). Izinkan hati itu melihat dan menafsirkan sesuatu yang berlaku disekeliling boleh dijadikan ibrah serta tanbih kepada diri. Pohonlah kepadaNya agar kita ditetapkan dalam hidayahnya dan mampu menyampaikan hidayangNya kepada yang lainnya.

  Sedarlah diri bahawa kepada Allah tempat kembali yang pasti. Tiada yang dimungkiri janji-janji itu. Teruslah berdoa. Demikain Allah akan mengkabulkan doamu serta menetapkan hidayah bagi hamba-hambaNya yang dikehendakiNya. Benarlah Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah hampir. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu..."

                                                                                (Surah al-Baqarah:186)



Justeru itu, marilah kita introspeksi iman kita. Jika ia mula layu hidupkan dengan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Jika ia benar telah mati, maka pintalah pada Allah agar diberi hati yang baru. Dengan hati yang baru,moga bisa kita dapat mentafsir diri dengan pandangan hati yang suci disisi Allah s.w.t.

Wallahu alam. Salam renungan bersama.

Wassalam.

sumber: Adaptasi dari vidoe kiriman sahabat di laman Facebook.

Monday 10 October 2011

Allah Maha Pengampun dan Maha Penyantun


Segala puji hanya untuk Allah pencipta sekelian alam.Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Insan yang banyak berjasa memerah keringat demi menegakkan Islam sebagai kalimatullahul ulya. 

Allah maha pengampun dan maha penyantun kepada semua hamba-hambaNya yang mengkehendaki pengampunannya. Pengajaran yang dapat diambil daripada perang Uhud yang perlu ditelitikan oleh setiap insan bagi menyedut setiap inci pengajaran sebagai tanbih pada diri agar tidak mudah berputus asa dalam menjalani kehidupan di dunia penyinggahan ini. Dalam perang yang disertai umat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, peperangan yang benar-benar menjadi pengajaran kepada umat Islam ialah perang Uhud. Hal ini kerana, Islam mengalami kekalahan dalam peperangan ini. Tetapi tidak juga menjadi kemenangan kepada pihak kafir. 

Ia hanyalah teguran Allah kepada umat Islam yang mana tidak mahu patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. Kekalahan ini bermula selepas sebilangan besar tentera Islam melihat pihak musuh ramai yang melarikan diri dan meninggalkan harta rampasan yang sangat banyak. Menurut perintah Nabi mereka yang berjaga di atas bukit Uhud tidak dibenarkan turun selagi Nabi tidak memerintahkan mereka turun. Tetapi malangnya ia berlaku sebaliknya. Mereka turun dan ingkar dengan peringatan Nabi. 

Setelah itu, musuh yang tersedar bahawa mereka telah turun dari bukit Uhud, maka pihak musuh terus menyerang mereka sehinggakan ramai dikalangan para sahabat syahid di medan perang. Pihak musuh mengambil peluang untuk membunuh Rasulullah s.a.w.,dengan itu baginda telah patah gigi dan luka yang parah dibahagian muka baginda. Para sahabat seramai dua belas orang terus bertindak membentengi Nabi Muhammas s.a.w. Kecintaan yang tinggi kepada baginda sangat tertonjol sehingga sanggup menjadikan susuk tubuh mereka sebagai kubu peperangan bagi Nabi muhammad s.a.w. 

Setelah itu jundullah di medan perang menjadi lemah dan mula memikirkan apa yang telah mereka lakukan sehinggakan peperangan Uhud telah kecundang. Mereka terbahagi kepada dua toifah yakni bermaksud puak. Ada toifah yang terus tidur dan redha kerana terlalu letih berperang dan toifah yang lain sedang memeikirkan mengapa mereka jadi begitu dan begini dan terus mengahantui pemikiran mereka. Dalam pengajaran selepas peperang ini Allah telah merakamkannya  dalam surah ali-Imran. Kisah yang menceritakan mengenai peperangan Uhud sangat panjang telah diceritakan. Allah memberitahu kepada kita bahawa apabila ditimpa musibah hendaklah redha dan tidur adalah ubat bagi meringankan bebanan yang ditanggung.

Tetapi toifah yang tidak mahu tidur, terus menyalahkan diri mereka dan terus membuat sangkaan-sangkaan. Mereka ini terus membuat sangkaan seperti sangkaan orang jahiliah. Mengingati kisah yang berlalui tanpa meredhainya adalah sifat orang-orang munafiq yang perlu ditangkis dalam diri setiap umat Islam. Dalam akhir kisah perang uhud ini Allah menyatakan sifat Allah yang Maha pegampun dan Maha Penyantun dalam surah ali-Imran ayat 155.

Bertapa Allah sayangkan hamba-hambaNya, walaupun melakukan kesalahan atau dosa yang mengunung tinggi sekalipun Allah tetap memberi keampunan. Hal ini kerana pada suruh yang sama dalam ayat 154 Allah s.w.t memberitahu bahawa Allah mahu melihat apa yang ada dalam hati setiap dari kamu samada ikhlas keranaNya atau sebaliknya.

Justeru itu, sebaik-baiknya terus kembali bertaubat kepada Allah setiap masa kerana kita tidak mengetahui samada kita melakukan dosa atau pun tidak. Tambah pula jika melakukan dosa-dosa besar segaralah bertaubat kerana dunia ini hanyalah singgahan sementara untuk kita, hentah bila kita akan bertemu Allah s.w.t. Adakah kita mahu bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan bergelumang dengan dosa dan noda???

Tepuk dada tanya IMAN..Sama-samalah kita MIHASABAH DIRI..

Waallahu a'lam.Yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu dari saya sendiri,kerana kedua-duanya disandarkan kpada Allah.semoga bermanfaat apa yang dikongsikan.



Wassalam.

Sumber: Pengajian mingguan Kitab  Tafsir al-Ihsan di Yayasan An-Nahdah,Bukit Mertajam.(8/10/2011 sabtu)

Wednesday 28 September 2011

Hati Kecilnya Sapa yang Tahu

IBU...

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t’akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p’kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindah didunai dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu





syukurilah mendapat seorang wanita bernama MAK@MAMA@IBU@UMI, jika tiada wanita ini maka tiada lagi doa yang untuk kita nanti kerana dirinya tiada lagi penganti hanya dari rahimnya kita datang.Dialah satu-satunya ibu yang kita punyai didunia ini.TERIMA KASIH MAK..Doa kepadanya jadikanlah kewajipan untuk dikirimkan setiap hari,meeskipun hidup apatah lagi sudah pergi..PERINGATAN BERSAMA.WALLAHU ALAM.


Sumber: sajak kiriman daripada sahabat.

Sunday 25 September 2011

Mana Milik kita


Kalam dimulakan dengan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pada pertama kali saya mendengar nasyid ini dialunkan di corong radio,liriknya amat menarik hati untuk dihayati maksud yang tersirat daripada lirik ini. 

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita
Artis : Rabbani

  Dengan ini, jadilah seorang hamba yang bersyukur diatas nikmat pemberianya yang tidak terhingga.Allah berfirman dalam al-Quran surah Ibrahim ayat 7:
Bermaksud:" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku),maka pasti azabku sangat berat.

  Saya ingin mengajak pembaca memahami maksud lirik ini bersama-sama agar semuanya dapat memperolehi ibrah dan pengajaran untuk terus mengorak langkah menyusun kehidupan yang sementara didunia ini.Segala persoalan dan jawapannya terletak pada diri kita.Tepuk  dada tanya iman.wallahu alam.

Thursday 22 September 2011

Bersahabat kerana Allah s.w.t

usman an-Nahdi berkata, aku pernah mendengar Umar ibnu Khattab berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:Apabila dua insan muslim bertemu dan satu sama lain saling bersalaman,maka org yang paling dicintai Allah antara keduanya ialah yang paling mmbahagiakan hati kawanya(paling cerah wajahnya).Apabila keduanya saling berjabat tangan,maka diturunkan kepadanya seratus rahmat.Sepuluh rahmat bagi yg memulai menjabat tangan dan 10 rahmat bagi dijabat tangan.


Wednesday 21 September 2011

Doa senjata orang Mukmin


DOA NABI MUHAMMAD S.A.W KETIKA BERLINDUNG DIRI DI SEBUAH KEBUN DI   
THAIF SELEPAS PENDUDUK THAIF TIDAK MENERIMA SERUAN DAKWAH BAGINDA

اللهم اليك أشكو ضعف قوتي، وقلة حيلتي، وهواني على الناس يا أرحم الراحمين، أنت رب المستضعفين، وأنت ربي، الى من  تكلني؟ بعيد يتجهمني؟ أو الى عدو ملكته أمرى؟ ان لم يكن بك غضب علي فلا أبالى، ولكن عاقيتك هي أوسع لي، أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت به الظلمات، وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة من أن تنزل بي غضبك،
أو تحل بي سخطك، لك العتبى حتى ترضى ، ولا حول ولا قوة إلابك

Maksudnya: Ya Allah, kepada Engkau aku mengadu lemah kekuatanku, kurangnya keupayaanku, dan hinanya aku pada pandangan manusia. Ya Tuhan yang amat Pengasihani, Engkau Tuhan bagi orang yang lemah dan tertindas dan Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah aku menyerah diriku, kepada yang jauh menghadap diriku dengan muka masamkah, atau kepada musuh yang membenciku?. Sekiranya tidak ada kemurkaan Engkau ke atas diriku, maka aku tidak peduli. Sebaliknya keampunan Engkau itulah yang melapangkan dadaku. Aku minta berlindung dengan cahaya mukamu yang menerangi segala kegelapan, semoga kemurkaanMu tidak menimpa diriku. Aku mengharapkan semata-mata redhaMu, tiada daya dan tiada upayaku melainkan dengan Engkau.
Rujukan:
Dr. Mustafa Al-siba'ei (Perjalanan Hidup Nabi Muhammad S.A.W)