Monday, 10 October 2011

Allah Maha Pengampun dan Maha Penyantun


Segala puji hanya untuk Allah pencipta sekelian alam.Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Insan yang banyak berjasa memerah keringat demi menegakkan Islam sebagai kalimatullahul ulya. 

Allah maha pengampun dan maha penyantun kepada semua hamba-hambaNya yang mengkehendaki pengampunannya. Pengajaran yang dapat diambil daripada perang Uhud yang perlu ditelitikan oleh setiap insan bagi menyedut setiap inci pengajaran sebagai tanbih pada diri agar tidak mudah berputus asa dalam menjalani kehidupan di dunia penyinggahan ini. Dalam perang yang disertai umat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, peperangan yang benar-benar menjadi pengajaran kepada umat Islam ialah perang Uhud. Hal ini kerana, Islam mengalami kekalahan dalam peperangan ini. Tetapi tidak juga menjadi kemenangan kepada pihak kafir. 

Ia hanyalah teguran Allah kepada umat Islam yang mana tidak mahu patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. Kekalahan ini bermula selepas sebilangan besar tentera Islam melihat pihak musuh ramai yang melarikan diri dan meninggalkan harta rampasan yang sangat banyak. Menurut perintah Nabi mereka yang berjaga di atas bukit Uhud tidak dibenarkan turun selagi Nabi tidak memerintahkan mereka turun. Tetapi malangnya ia berlaku sebaliknya. Mereka turun dan ingkar dengan peringatan Nabi. 

Setelah itu, musuh yang tersedar bahawa mereka telah turun dari bukit Uhud, maka pihak musuh terus menyerang mereka sehinggakan ramai dikalangan para sahabat syahid di medan perang. Pihak musuh mengambil peluang untuk membunuh Rasulullah s.a.w.,dengan itu baginda telah patah gigi dan luka yang parah dibahagian muka baginda. Para sahabat seramai dua belas orang terus bertindak membentengi Nabi Muhammas s.a.w. Kecintaan yang tinggi kepada baginda sangat tertonjol sehingga sanggup menjadikan susuk tubuh mereka sebagai kubu peperangan bagi Nabi muhammad s.a.w. 

Setelah itu jundullah di medan perang menjadi lemah dan mula memikirkan apa yang telah mereka lakukan sehinggakan peperangan Uhud telah kecundang. Mereka terbahagi kepada dua toifah yakni bermaksud puak. Ada toifah yang terus tidur dan redha kerana terlalu letih berperang dan toifah yang lain sedang memeikirkan mengapa mereka jadi begitu dan begini dan terus mengahantui pemikiran mereka. Dalam pengajaran selepas peperang ini Allah telah merakamkannya  dalam surah ali-Imran. Kisah yang menceritakan mengenai peperangan Uhud sangat panjang telah diceritakan. Allah memberitahu kepada kita bahawa apabila ditimpa musibah hendaklah redha dan tidur adalah ubat bagi meringankan bebanan yang ditanggung.

Tetapi toifah yang tidak mahu tidur, terus menyalahkan diri mereka dan terus membuat sangkaan-sangkaan. Mereka ini terus membuat sangkaan seperti sangkaan orang jahiliah. Mengingati kisah yang berlalui tanpa meredhainya adalah sifat orang-orang munafiq yang perlu ditangkis dalam diri setiap umat Islam. Dalam akhir kisah perang uhud ini Allah menyatakan sifat Allah yang Maha pegampun dan Maha Penyantun dalam surah ali-Imran ayat 155.

Bertapa Allah sayangkan hamba-hambaNya, walaupun melakukan kesalahan atau dosa yang mengunung tinggi sekalipun Allah tetap memberi keampunan. Hal ini kerana pada suruh yang sama dalam ayat 154 Allah s.w.t memberitahu bahawa Allah mahu melihat apa yang ada dalam hati setiap dari kamu samada ikhlas keranaNya atau sebaliknya.

Justeru itu, sebaik-baiknya terus kembali bertaubat kepada Allah setiap masa kerana kita tidak mengetahui samada kita melakukan dosa atau pun tidak. Tambah pula jika melakukan dosa-dosa besar segaralah bertaubat kerana dunia ini hanyalah singgahan sementara untuk kita, hentah bila kita akan bertemu Allah s.w.t. Adakah kita mahu bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan bergelumang dengan dosa dan noda???

Tepuk dada tanya IMAN..Sama-samalah kita MIHASABAH DIRI..

Waallahu a'lam.Yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu dari saya sendiri,kerana kedua-duanya disandarkan kpada Allah.semoga bermanfaat apa yang dikongsikan.



Wassalam.

Sumber: Pengajian mingguan Kitab  Tafsir al-Ihsan di Yayasan An-Nahdah,Bukit Mertajam.(8/10/2011 sabtu)

3 comments:

  1. Ibrah ghazwah uhud menyedarkan tentera Islam untuk peperangan yang lain, kemudian lebih [enting dari itu..memberi ibrah bahawa yang disangka bermusuh dengan Islam adalah orang paling hebat mempertahankan Islam, iaitulah panglima Islam Khalid Al-Walid Radhiallahu anhu.

    Teruskan menulis memberi manfaat pada ummat. Seorang penulis berkata:

    "Jika ada buku yang ingin kamu baca,
    tapi buku itu belum ditulis, maka kamulah yang mesti menulisnya".

    ReplyDelete
  2. Usah jemu memberi....saham akhirat iya.

    ReplyDelete
  3. subhanaallah.Ana tidak pandai mana menulis.Semoga perkongsian ini menjadi titik permualaan ana untuk menulis.Mohon menjadi ust sebagai sifu dalam menulis.

    ReplyDelete