Saturday, 15 October 2011

Bilakah masanya???

   Kalimah mulia sebagai pembuka coretan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mengimbau kembali tulisan yang lalu kita bicara mengenai Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyantun kepada setiap hamba-hambaNya. Insyaallah kali ini penulis ingin mengajak pembaca merenung dan introspeksi iman kita bersama mengenai "Bilakah Masanya??".

  Persoalan telah diajukan tetapi pokoknya ialah bilakah masanya kita untuk berubah. Berubah dengan erti kata segera bertaubat. Disini penulis ingin berkongsi mengenai satu rakaman vidoe mengisahkan seorang syuhada'dari tanah arab yang mana tempat mereka  sedang berjihad demi mempertahankan agama Islam dibumi mereka. Vidoe ini dirakam ketika mana beliau berada dalam keadaan kesakitan setelah dibedil dengan bom oleh pihak musuh.

  Pemuda itu dalam keadaan yang sangat parah. Kaki kanan serta kaki kirinya luka yang sangat kritikal sehinggakan kedua-dua kakinya tidak dapat bergerak lagi. Dalam keadaan begitu sahabat-sahabat sepejuangan cuba menenangkan beliau dengan membasahi wajah beliau dengan air. Kalimah yang keluar dari bibir beliau adalah " Ya Allah terimalah aku sebagai shuhada' ". Kalimah itu diulang-ulang beberapa kali dan beliau mengucap dua kalimah shahadah dengan nada yang begitu mengharap kepada Allah s.w.t agar beliau kembali kepada pencipta sebagi shuhada'. Beliau begitu yakin bahawa sudah tiba waktu malaikat izrail untuk menjemputnya kembali bertemu Allah Taala. Setelah itu beliau meninta sahabat beliau mengambilkan beliau air wudu' untuk beliau mendirikan solat sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

  Dirakamkan ketika solat terakhir beliau sebelum bertemu dengan Allah Azzawajalla. Setelah salam kanan dan kiri diakhirinya, maka hembuslah nafas terakhir beliau dan benarlah janji Allah, setiap yang hidup itu pasti akan merasai kematian. Tetapi kematian seseorang  itu sebenarnya telah ditakdirkan oleh Allah dimana dan waktunya. Adakah baik atau sebaliknya.Segalanya itu adalah rahsia Allah s.w.t.

  Jika dilihat dari raut wajah beliau tergambar wajah kegembiraan untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Beliau seterusnya dikebumikan tanpa dimandikan kerana darah para shuhada tidak perlu dihilang. Apabila dibangkitkan kelak ialah akan menjadi saksi bagi kematian shuhada' tersebut. Subhanaallah, ucaplah sebanyak-banyaknya kalimah membesarkan Allah bagi merenung pada diri kita adakah kita perlu tunggu  masa yang sesuai untuk kita bertaubat kepada Allah??

  Kita tidak dikerah untuk berjihad sepertinya, tetapi kita berjihad dengan cara kita. Jihad yang paling besar adalah jihad hawa nafsu kita. Perlukah kita menunggu masa yang sesuai untuk bertaubat. Bukalah minda berserta hati untuk terus memohon agar kita diberi petunju untuk melawan hawa nafsu amarrah bissu'(nafsu yanga membawa kepada perbuatan kejahatan). Izinkan hati itu melihat dan menafsirkan sesuatu yang berlaku disekeliling boleh dijadikan ibrah serta tanbih kepada diri. Pohonlah kepadaNya agar kita ditetapkan dalam hidayahnya dan mampu menyampaikan hidayangNya kepada yang lainnya.

  Sedarlah diri bahawa kepada Allah tempat kembali yang pasti. Tiada yang dimungkiri janji-janji itu. Teruslah berdoa. Demikain Allah akan mengkabulkan doamu serta menetapkan hidayah bagi hamba-hambaNya yang dikehendakiNya. Benarlah Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah hampir. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu..."

                                                                                (Surah al-Baqarah:186)



Justeru itu, marilah kita introspeksi iman kita. Jika ia mula layu hidupkan dengan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Jika ia benar telah mati, maka pintalah pada Allah agar diberi hati yang baru. Dengan hati yang baru,moga bisa kita dapat mentafsir diri dengan pandangan hati yang suci disisi Allah s.w.t.

Wallahu alam. Salam renungan bersama.

Wassalam.

sumber: Adaptasi dari vidoe kiriman sahabat di laman Facebook.

2 comments:

  1. isy azizan...mut syahidan...

    ReplyDelete
  2. Syukran ustaz sudi ziarah blog baru ana ini. Mabruk alaik, sudah jadi ustaz di maahad. Semoga dapat jadikan qudwah yang terbaik untuk anak-anak didik nanti insyaallah.

    ReplyDelete