Thursday 22 November 2012

PEMBANGUNAN KEROHANIAN DALAM PEMBANGUNAN ISLAM

Pembangunan berteraskan Islam ialah satu proses pembangunan yang holistik, bersepadu dan seimbang. Pembangunan yang dihasilkan bukan semata-mata membangunkan pembangunan fizikal tetapi ia melibatkan pembangunan kerohanian. Pembangunan kerohanian merupakan salah satu kompenan yang melangkaui keterbatasan pemikiran manusia dalam pembangunan berteraskan Islam. Kompenan ini merupakan komposisi utama dalam tubuh badan manusia. Pembangunan kerohanian juga menjadi penunjuk jalan dan pendorong utama kejayaan manusia dalam pambangunan.
Jika diprihatikan dalam dunia pendidikan juga perlu seimbang pembangunan jasmani dan pembangunan kerohanian. Kegagalan dalam proses pembelajaran kerana hanya menfokuskan pencapaian akademik berasaskan pengetahuan yang terpisah dengan pembangunan kerohanian. Penghayatan yang rendah dalam agama menyebabkan kerohanian dalam roh manusia menjadi sakit. Akibatnya berlaku penyimpangan tingkah laku semasa mengusahakan pembangunan.
kedudukan pembangunan kerohanian dalam usaha pembagunan tidak dapat dipisahkan dengan pembangunan kerohanian. Menurut Muhammad Syukri Salleh dalam Tujuh Prinsip Berteraskan Islam meletakkan kedudukan tauhid kepada Allah SWT sebagai asas pembangunan. Tauhid menjadi sumber asas dalam tindakan dan perancangan pembangunan. Setiap pelaksanaan pembangunan berdasarkan prinsip pembangunan Islam. Sumber utama yang digunakan dalam prinsip pembangunan Islam merujuk kepada a-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Prinsip tauhid menjadi teras perancangan dan pelaksanaan proses pembangunan. Setiap tindakan pelaku pembangunan perlu selari dengan usaha merealisasikan fungsi  hidup iaitu sebagi hamba Allah SWT dan khalifah. Jika terdapat usaha-usaha pembangunan yang tidak disertakan dengan fungsi ini maka pembangunan tersebut tidak dianggap selari dengan prinsip tauhid. Dalam perspektif Islam, Allah SWT memelihara dan menyelamatkan hamba-hambaNya di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 41 bermaksud: Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)                                                  
Dalam ayat yang lain, Allah SWT juga mendatangkan kemurkaan dengan menghancurkan mana-mana masyarakat manusia yang tidak patuh kepada perintahnya. Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 96 bermaksud: Jikalau Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.                                                
Ayat di atas menjelaskan mengenai fungsi manusia tidak selari dengan pelaksanaan prinsip tauhid yang telah ditetapkan Allah SWT. Terdapat empat perwatakan ketauhidan kepada Alah SWT dalam menjalankan sistem pembangunan. Pertama, rabbaniyyah (ketuhanan) ialah meletakkan hukum Allah SWT mengatasi segala hukum yang menjadi landasan segala peraturan. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 50 bermaksud: Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?                                                                                 
Kedua, akhlak mulia ialah membersihkan diri daripada akhlak daripada segala bentuk perbuatan keji. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 22 bermaksud:             Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Ketiga, waqiyyah ialah keanjalan, fleksibel, dan keterbukaan dalam sebagai syarat menjalani sistem pembangunan. Namun begitu, fleksibel tidak bermaksud mengabaikan prinsip Islam tetapi meletakkan syariat Islam batu asas pelaksanaan sistem tersebut.
Keempat, insaniah ialah mendorong peningkatan manusia ke arah menjadir luhur. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud: Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Keempat-empat perwatakan tauhid mempunyai hubungan hamba Allah dengan Penciptanya. Menurut perspektif Islam perwatakan tauhid ialah mematuhi segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Tahap hubungan seorang hamba kepada Allah SWT digambarkan pada tahap kesedaran, pengahayatan dan komitmen yang disebut sebagai iman. Iman dengan sendiri mempengaruhi setiap tindakan individu dalam melaksanakan usaha pembangunan.
Dengan itu, pembangunan kerohanian menurut perspektif Islam meletakkannya sebagai satu kedudukan yang penting dalam merealisasikan pembangunan. Islam juga tidak sesekali meminggirkan pembangunan jasmani. Malah meletakkan pembangunan kerohanian penyumbang utama dalam pembinaan pembangunan fizikal.