Pembangunan berteraskan Islam ialah satu proses pembangunan yang
holistik, bersepadu dan seimbang. Pembangunan yang dihasilkan bukan semata-mata
membangunkan pembangunan fizikal tetapi ia melibatkan pembangunan kerohanian. Pembangunan kerohanian merupakan salah satu
kompenan yang melangkaui keterbatasan pemikiran manusia dalam pembangunan
berteraskan Islam. Kompenan ini merupakan komposisi utama dalam tubuh badan manusia.
Pembangunan kerohanian juga menjadi penunjuk jalan dan pendorong utama kejayaan
manusia dalam pambangunan.
Jika diprihatikan dalam dunia pendidikan juga perlu seimbang
pembangunan jasmani dan pembangunan kerohanian. Kegagalan dalam proses pembelajaran kerana
hanya menfokuskan pencapaian akademik berasaskan pengetahuan yang terpisah
dengan pembangunan kerohanian. Penghayatan yang rendah dalam agama menyebabkan
kerohanian dalam roh manusia menjadi sakit. Akibatnya berlaku penyimpangan
tingkah laku semasa mengusahakan pembangunan.
kedudukan pembangunan kerohanian dalam usaha
pembagunan tidak dapat dipisahkan
dengan pembangunan kerohanian. Menurut Muhammad Syukri Salleh dalam Tujuh Prinsip Berteraskan Islam
meletakkan kedudukan tauhid
kepada Allah SWT sebagai asas pembangunan. Tauhid menjadi sumber asas dalam
tindakan dan perancangan pembangunan. Setiap pelaksanaan pembangunan
berdasarkan prinsip pembangunan Islam. Sumber utama yang digunakan dalam
prinsip pembangunan Islam merujuk kepada a-Quran dan hadith Rasulullah SAW.
Prinsip tauhid menjadi teras perancangan dan pelaksanaan proses pembangunan.
Setiap tindakan pelaku pembangunan perlu selari dengan usaha merealisasikan
fungsi hidup iaitu sebagi hamba Allah
SWT dan khalifah. Jika terdapat usaha-usaha pembangunan yang tidak disertakan
dengan fungsi ini maka pembangunan tersebut tidak dianggap selari dengan
prinsip tauhid. Dalam perspektif Islam, Allah SWT memelihara dan menyelamatkan
hamba-hambaNya
di dunia dan akhirat. Firman
Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 41 bermaksud: Telah
nampak kerosakan di darat
dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah
merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka
kembali (ke jalan yang benar)
Dalam ayat yang lain, Allah SWT juga mendatangkan kemurkaan dengan menghancurkan
mana-mana masyarakat manusia yang tidak patuh kepada perintahnya. Allah
berfirman dalam surah al-A’raf ayat 96 bermaksud: Jikalau Sekiranya
penduduk negeri-negeri
beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah
dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami
siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Ayat di atas menjelaskan mengenai fungsi
manusia tidak selari dengan pelaksanaan prinsip tauhid yang telah ditetapkan
Allah SWT. Terdapat
empat perwatakan ketauhidan kepada Alah SWT dalam menjalankan sistem
pembangunan. Pertama, rabbaniyyah (ketuhanan)
ialah meletakkan hukum Allah SWT mengatasi segala hukum yang menjadi landasan
segala peraturan. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 50 bermaksud: Apakah
hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik
daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?
Kedua, akhlak mulia ialah membersihkan diri
daripada akhlak daripada segala bentuk perbuatan keji. Firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 22 bermaksud: Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan
mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar
itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki,
niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah
berkuasa atas segala sesuatu.
Ketiga, waqiyyah ialah keanjalan, fleksibel, dan keterbukaan dalam sebagai syarat menjalani sistem pembangunan. Namun begitu, fleksibel tidak bermaksud mengabaikan prinsip Islam tetapi meletakkan syariat Islam batu asas pelaksanaan sistem tersebut.
Ketiga, waqiyyah ialah keanjalan, fleksibel, dan keterbukaan dalam sebagai syarat menjalani sistem pembangunan. Namun begitu, fleksibel tidak bermaksud mengabaikan prinsip Islam tetapi meletakkan syariat Islam batu asas pelaksanaan sistem tersebut.
Keempat, insaniah ialah mendorong peningkatan
manusia ke arah menjadir luhur. Firman Allah SWT dalam surah
al-Hujurat ayat 13 bermaksud: Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa
- bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia
diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Keempat-empat perwatakan tauhid mempunyai
hubungan hamba Allah dengan Penciptanya. Menurut perspektif Islam perwatakan
tauhid ialah mematuhi segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala
laranganNya. Tahap hubungan seorang hamba kepada Allah SWT digambarkan pada
tahap kesedaran, pengahayatan dan komitmen yang disebut sebagai iman. Iman
dengan sendiri mempengaruhi setiap tindakan individu dalam melaksanakan usaha
pembangunan.
Dengan itu, pembangunan kerohanian menurut
perspektif Islam meletakkannya sebagai satu kedudukan yang penting dalam
merealisasikan pembangunan. Islam juga tidak sesekali meminggirkan pembangunan
jasmani. Malah meletakkan pembangunan kerohanian penyumbang utama dalam
pembinaan pembangunan fizikal.
No comments:
Post a Comment