Monday 25 November 2013

RAIH DOA MALAIKAT



Saudara yang medoakan saudaranya yang lain tanpa dia ketahui.

" Doa seorang Muslim kepada saudaranya dalam keadaan dia tidak diketahui adalah mustajab. 

" Setiap kali dia mendoakan kebaikan saudaranya, malaikat disisinya akan berkata: " Amin, semoga Allah mempekenankan doamu, dan semoga engkau mendapat juga kebaikan seperti yang kamu pinta untuk saudaramu" 
( Riwayat Muslim )

Mendoakan orang lain dapat membantu menyucikan hati daripada penyakit egonisme, dengki, sempit dada, sombong dan sebagainya. Doa yang tidak diketahui oleh orang lain lebih hampir keikhlasan.



Insyaallah.

WAMA TAUFIQII ILLA BILLAH

INSYAALLAH



Ungkapan insya-Allah merupakan sandaran setiap perbuatan itu akan berlaku dengan izin Allah. Usah jadikan ungkapan ini tinggal adat semata-mata tetapi jangan pula ungkapan ini dijadikan pemanis janji untuk mengelak diri mengotakan janji.Ucapan insya-Allah merupakan adab sopan manusia kepada Allah SWT bukan dijadikan sebagai gurauan.

Satu kisah yang penah berlaku terhadap Syeikh Abdullah bin Siddiq al-Ghumari. Beliau seorang ulama mempunyai karangan buku-buku yang mahsyur di Mesir. Pada satu ketika Beliau Dan keluarga berada di atas kapal menuju ke Iskandariah. Menurut kapten kapal mereka Akan sampai ke Iskandariah keesokan harinya. Beliau memberitahu kepada adiknya " kita Akan Tiba Iskandariah esok"

Adiknya menegur Beliau dengan berkata" katakan Insya-Allah". Beliau bergurau "mengapa kita mesti mengucapkan Kalimat itu, sedangkan jarak kita semakin hampir dengan Iskandariah?".

Pada malam tersebut terjadi ribut yang hampir menterbalikkan kapal.Terdapat sebuah kapal dihadapan kapal mereka cuba meminta pertolongan, namun belum sempat menerima bantuan kapal tersebut karam.

Tidak lama kemudian taufan mula reda Dan sheikh Abdullah sekeluarga sampai ke Iskandariah pada pukul 12 tengahari keesokkannya. Menurut keptan kapal tersebut beliau tidak penah mengalami kejadian ribut taufan sedahsyat itu selama 35 tahun bekerja. Mula saat tersebut Sheikh Abdullah yakin bahawa kejadian tersebut merupakan teguran Allah kepada Beliau.

Menerusi kisah ini, kita dapat mengambil ibrah bahawa ungkapan insya-Allah bukan sekadar ungkapan adat. Ungkapan ini merupakan sandaran bahawa manusia mempunyai keterbatasan dan kepada Allah SWT jua disandarkan keyakinan. Bahawasanya manusia hanya merancang. Hanya Allah yang Mengetahui perkara-perkara yang Akan terjadi di masa hadapan. Kita sebagai manusia hendaklah menjaga adab sopan dengan Allah dalam setiap ucapan Dan perbuatan.



~wallahu a'lam~

WAMA TAUFIQII ILLAH BILLAH.

USAH MENAGGUH TAUBATMU

"Cara hidup kita di dunia adalah bayangan Cara kehidupan kita di akhirat"
- Imam al-Ghazali Rahimahullah

Kesempatan usia yang Allah kurniakan merupakan tanda kasih sayangNya kepada setiap HambaNya.Allah SWTsentiasa mengingatkan kita agar sentiasa bertaubat Dan memohon keampunan kepadaNya.

Allah berfirman:

" katakanlah Wahai Muhammad: Ya Tuhanku, berikankah keampunan dan rahmat. kamulah pemberi Rahmat yang terbaik"

Surah al-mukminun 118

~wallahua'lam~

WAMA TAUFIQII ILLA ILLAH
&
WOSBIR WAMA SOBRUKA ILLA BILLAH

URUS NYAWA UNTUK SAKI BAKI MASA DI DUNIA


Mudah menguruskan masa dalam menggalas amanah di dunia tetapi sukar mengurus nyawa untuk masa yang berbaki sebagai hamba Allah.Manusia cepat lupa dengan tanggungjawab sebenar datang ke dunia ini.

Ingatkan manusia kita akan diingatkan, bahagiakan manusia kita juga turut bahagia, inpirasikan manusia kita bisa berinspirasi dan didiklah manusia kita juga bisa terdidik.

~Wama taufiqii illa billah~

Usah bertangguh untuk kecapi BAHAGIA



Ada yang BAHAGIA bila Ada wang yang banyak,
Ada yang BAHAGIA bila Ada Jawatan yang tinggi,
Ada juga yang BAHAGIA bila dapat wanita cantik.

Semua itu BAHAGIA kerana manusia memahami maksud BAHAGIA yang berbeda mengikut sistem believe yang terpasak dalam diri manusia.

BAHAGIA yang hakiki bukan semata di dunia tetapi BAHAGIA ITU BERMULA DI DUNIA AKHIRNYA AKHIRAT SANA.

Rasulullah SAW pernah mendengar seorang hamba Allah berdoa di hadapan kaabah. Lelaki tersebut hanya memohon kebahagiaan diakhirat sahaja, lalu Baginda menegur Dan mengajarnya dengan satu doa " RABBANA ATINA FI DUNNYA HASANAH WA FIL AKHIRATI HASANAH WAQINA A'ZAB AL-ANNAR".

Tetapi manusia juga sifatnya seperti cuaca alam. Hujan di pagi hari, panas ditengahari, petang pula kelihatan gelap menandakan mendung sebelum saing melabuhkan hari. Begitu juga manusia, cepat rasa sengsara bila terluka, Susah hati bila tidak dapat apa yang dihajati.

CEpat, Cepat ...berhenti menyeksa diri, lihat apa punca sengsara Dan merana hati? Puncanya daripada DOSA SENDIRI.

Dosa itu jika Allah perlihatkan pada manusia dalam bentuk BAU pasti manusia cepat BERBAU BUSUK. jika Allah perlihatkan DOSA dalam bentuk bebanan terbeban manusia sentiasa memikulnya seperti memikul sampah sarap dibahu kiri.

RAHIM SIFAT ALLAH SWT pada manusia. DOSA diperlihat hanya pada SENGSARA, RESAH SERTA. GELORANYA HATI. Jika di biar lama HATI bisa MATI.

Cara membersihkan hati MUDAH tapi PERLU MUJAHADAH. SEGERA BERTAUBAT KEPADA ALLAH penawar segalanya. Sebab Allah pernah merakam sifat manusia  dalam Al-quran, manusia di cipta bersifat keluh kesah. Bila di beri nikmat susah syukurnya dan pula rasa tidak Mahu hilang padanya. Melainkan mereka yang  solat dan khusyuk melaksanakannya.

wallahu a'lam.

# Menagis dalam KETAATAN insyaallah Akan ketawa di SYURGA, Ketawa dalam kemaksiatan NAUZUBILLAH menangis bila dilempar di NERAKA #

~ WAMA TAUFIQII ILLA BILLAH ~