Monday 25 November 2013

INSYAALLAH



Ungkapan insya-Allah merupakan sandaran setiap perbuatan itu akan berlaku dengan izin Allah. Usah jadikan ungkapan ini tinggal adat semata-mata tetapi jangan pula ungkapan ini dijadikan pemanis janji untuk mengelak diri mengotakan janji.Ucapan insya-Allah merupakan adab sopan manusia kepada Allah SWT bukan dijadikan sebagai gurauan.

Satu kisah yang penah berlaku terhadap Syeikh Abdullah bin Siddiq al-Ghumari. Beliau seorang ulama mempunyai karangan buku-buku yang mahsyur di Mesir. Pada satu ketika Beliau Dan keluarga berada di atas kapal menuju ke Iskandariah. Menurut kapten kapal mereka Akan sampai ke Iskandariah keesokan harinya. Beliau memberitahu kepada adiknya " kita Akan Tiba Iskandariah esok"

Adiknya menegur Beliau dengan berkata" katakan Insya-Allah". Beliau bergurau "mengapa kita mesti mengucapkan Kalimat itu, sedangkan jarak kita semakin hampir dengan Iskandariah?".

Pada malam tersebut terjadi ribut yang hampir menterbalikkan kapal.Terdapat sebuah kapal dihadapan kapal mereka cuba meminta pertolongan, namun belum sempat menerima bantuan kapal tersebut karam.

Tidak lama kemudian taufan mula reda Dan sheikh Abdullah sekeluarga sampai ke Iskandariah pada pukul 12 tengahari keesokkannya. Menurut keptan kapal tersebut beliau tidak penah mengalami kejadian ribut taufan sedahsyat itu selama 35 tahun bekerja. Mula saat tersebut Sheikh Abdullah yakin bahawa kejadian tersebut merupakan teguran Allah kepada Beliau.

Menerusi kisah ini, kita dapat mengambil ibrah bahawa ungkapan insya-Allah bukan sekadar ungkapan adat. Ungkapan ini merupakan sandaran bahawa manusia mempunyai keterbatasan dan kepada Allah SWT jua disandarkan keyakinan. Bahawasanya manusia hanya merancang. Hanya Allah yang Mengetahui perkara-perkara yang Akan terjadi di masa hadapan. Kita sebagai manusia hendaklah menjaga adab sopan dengan Allah dalam setiap ucapan Dan perbuatan.



~wallahu a'lam~

WAMA TAUFIQII ILLAH BILLAH.

No comments:

Post a Comment