Monday 25 November 2013

Usah bertangguh untuk kecapi BAHAGIA



Ada yang BAHAGIA bila Ada wang yang banyak,
Ada yang BAHAGIA bila Ada Jawatan yang tinggi,
Ada juga yang BAHAGIA bila dapat wanita cantik.

Semua itu BAHAGIA kerana manusia memahami maksud BAHAGIA yang berbeda mengikut sistem believe yang terpasak dalam diri manusia.

BAHAGIA yang hakiki bukan semata di dunia tetapi BAHAGIA ITU BERMULA DI DUNIA AKHIRNYA AKHIRAT SANA.

Rasulullah SAW pernah mendengar seorang hamba Allah berdoa di hadapan kaabah. Lelaki tersebut hanya memohon kebahagiaan diakhirat sahaja, lalu Baginda menegur Dan mengajarnya dengan satu doa " RABBANA ATINA FI DUNNYA HASANAH WA FIL AKHIRATI HASANAH WAQINA A'ZAB AL-ANNAR".

Tetapi manusia juga sifatnya seperti cuaca alam. Hujan di pagi hari, panas ditengahari, petang pula kelihatan gelap menandakan mendung sebelum saing melabuhkan hari. Begitu juga manusia, cepat rasa sengsara bila terluka, Susah hati bila tidak dapat apa yang dihajati.

CEpat, Cepat ...berhenti menyeksa diri, lihat apa punca sengsara Dan merana hati? Puncanya daripada DOSA SENDIRI.

Dosa itu jika Allah perlihatkan pada manusia dalam bentuk BAU pasti manusia cepat BERBAU BUSUK. jika Allah perlihatkan DOSA dalam bentuk bebanan terbeban manusia sentiasa memikulnya seperti memikul sampah sarap dibahu kiri.

RAHIM SIFAT ALLAH SWT pada manusia. DOSA diperlihat hanya pada SENGSARA, RESAH SERTA. GELORANYA HATI. Jika di biar lama HATI bisa MATI.

Cara membersihkan hati MUDAH tapi PERLU MUJAHADAH. SEGERA BERTAUBAT KEPADA ALLAH penawar segalanya. Sebab Allah pernah merakam sifat manusia  dalam Al-quran, manusia di cipta bersifat keluh kesah. Bila di beri nikmat susah syukurnya dan pula rasa tidak Mahu hilang padanya. Melainkan mereka yang  solat dan khusyuk melaksanakannya.

wallahu a'lam.

# Menagis dalam KETAATAN insyaallah Akan ketawa di SYURGA, Ketawa dalam kemaksiatan NAUZUBILLAH menangis bila dilempar di NERAKA #

~ WAMA TAUFIQII ILLA BILLAH ~

No comments:

Post a Comment